Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Johor mahu projek RTS disegerakan: Menteri Besar

Kerajaan Johor mahu projek Sistem Transit Laju (RTS) disegerakan pelaksanaannya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Koswe.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Johor mahu projek RTS disegerakan: Menteri Besar

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 09 Aug 2018 12:27PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 12:30PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mahu projek Sistem Transit Laju (RTS) disegerakan pelaksanaannya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Koswe.

Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata kesesakan di pintu masuk negara berlaku dengan sangat ketara ketika ini, menyebabkannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

“Projek itu (RTS) sebagaimana dinyatakan Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan sebelum ini akan dilaksanakan dan dalam perancangan serta semakan akhir oleh mereka.

“Bagaimanapun, kita juga mahukan ia dilaksanakan segera, sebolehnya menjelang pertengahan tahun depan,” katanya kepada para wartawan selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBS) beliau dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri pada Rabu (8 Ogos).

Encik Osman berkata beliau difahamkan Unit Perancang Ekonomi sedang memuktamadkan butiran mengenai projek itu dengan syarikat pelaksananya juga sudah dikenal pasti.

RTS yang bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura melibatkan kos RM4 bilion (S$1.34 bilion) dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala apabila siap pada 2024, sekali gus diyakini dapat mengatasi masalah kesesakan yang sering dialami rakyat kedua-dua negara yang dihubungkan Koswe itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan