Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Johor cadang bina laluan pejalan kaki S$9.9 juta di Koswe

Kerajaan negeri Johor memohon peruntukkan RM30 juta (S$9.88 juta) untuk pembinaan laluan pejalan kaki di Koswe.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Johor cadang bina laluan pejalan kaki S$9.9 juta di Koswe

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 11:33AM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 09:18PM

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor memohon peruntukan RM30 juta (S$9.88 juta) untuk pembinaan laluan pejalan kaki di Koswe.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor Mohd Solihan Badri berkata hasrat tersebut disampaikan pada awal tahun ini dan kini dikaji oleh kerajaan persekutuan.

"Pada peringkat awal, kerajaan negeri Johor memohon peruntukan sebanyak RM15 juta (S$4.9 juta) bagi projek itu, namun jumlah ditingkatkan menjadi RM30 juta awal tahun ini, selepas reka bentuk semula dilakukan dengan penambahan tangga bergerak serta laluan berbumbung dilengkapi penyaman udara.

"Di bawah cadangan ini, laluan pejalan kaki itu sejauh 350 meter sehingga sebelum sempadan Singapura," kata Encik Solihan.

Beliau bercakap kepada pihak media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail pada Ahad (13 Sep).

Awal semasa prosiding tersebut, Encik Solihan berkata kerajaan masih menantikan lampu hijau dari Putrajaya untuk projek berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis oleh Encik Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) yang bertanyakan tentang perkembangan projek itu.

Dalam jawapan kepada soalan tambahan oleh Encik Chen, Encik Solihan berkata pemerintah Singapura menunjukkan minat untuk menyambung pembinaan laluan pejalan kaki itu di Koswe.

Semasa bercakap kepada media selepas itu, Encik Solihan berkata beliau bertemu dengan para pegawai Konsulat Singapura baru-baru ini yang menyatakan minat terhadap projek itu.

"Mereka meminta kertas cadangan rekaan untuk pihaknya memberikan cadangan kepada kerajaannya untuk menyambung laluan tersebut. Mereka turut prihatin terhadap nasib pengguna jalan kaki di Tambak Johor."

Encik Solihan berkata kerajaan negeri akan menjalankan projek itu dengan cepat sebaik sahaja ia diberi kelulusan.

Pembinaan laluan pejalan kaki adalah salah satu cadangan yang dibuat di bawah Jawatankuasa Khas mengenai Kesesakan di Tambak Johor bagi mengurangkan keadaan sesak di pusat pemeriksaan.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan