Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Johor cadang adakan laluan khas pejalan kaki sepanjang Koswe

Kerajaan negeri Johor bercadang mewujudkan laluan khas pejalan kaki untuk menyeberangi Koswe ke Woodlands, Singapura, dalam usaha mengatasi kesesakan teruk di tambak berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Johor cadang adakan laluan khas pejalan kaki sepanjang Koswe

Gambar: AFP

Diterbitkan : 18 Jun 2019 11:12PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:29PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor bercadang mewujudkan laluan khas pejalan kaki untuk menyeberangi Koswe ke Woodlands, Singapura, dalam usaha mengatasi kesesakan teruk di tambak berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata kerajaan negeri melihat ada keperluan, untuk mewujudkan laluan berkenaan memandangkan ada sebilangan besar mengambil risiko berjalan kaki terutamanya di waktu sibuk, untuk mengelakkan kesesakan.

"Ini adalah di peringkat cadangan. Dengan adanya laluan ini, ia akan dapat menyelesaikan isu keselamatan.

"Kita dapati ramai penumpang bas menggunakan laluan kenderaan secara haram (dengan berjalan kaki) untuk mengelakkan kesesakan, dan menyambung perjalanan mereka dengan menaiki bas apabila sampai ke Singapura," kata beliau kepada pemberita selepas melawat laluan cadangan pejalan kaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Selasa petang (18 Jun).

Menurut beliau, pada tahun 2018, dianggarkan seramai 215,000 pengguna menggunakan Koswe (bagi laluan sehala) sehari, yang mana 60 peratus daripadanya adalah pejalan kaki.

"Pihak konsultan akan menyediakan kertas cadangan yang terperinci untuk kerajaan negeri, yang dijangka siap dalam masa tiga minggu.

"Kemudian barulah kerajaan negeri akan pertimbangkan sama ada ia boleh dilaksanakan dengan kajian kemungkinan, melibatkan agensi-agensi berkaitan," tambahnya.

Encik Mohd Solihan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang itu berkata, laluan pejalan kaki berbumbung sejauh 1.2 kilometer itu, dicadangkan dibina di atas laluan motorsikal sedia ada dan mempunyai dua hala.

Laluan itu dijangka menelan kos kira-kira RM15 juta (S$4.9 juta).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan