Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Johor arahkan sambutan Maulidur Rasul di masijd, surau ditangguhkan

Kerajaan negeri Johor pada Ahad (29 Nov) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Johor arahkan sambutan Maulidur Rasul di masijd, surau ditangguhkan

Masjid Sultan Iskandar di Johor Bahru. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 06:48PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 06:50PM

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor pada Ahad (29 Nov) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri berkenaan.

Beliau berkata arahan itu selaras dengan pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang meminta agar semua kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri itu.

"Penangguhan bermula 1 Dis 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Susulan arahan itu, Encik Tosrin berkata pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Semasa/Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid/Surau Negeri Johor Darul Ta’zim dikeluarkan pada 18 Oktober lalu juga ditangguhkan sehingga pengumuman baru.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan