Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan disaran kenakan tindakan terhadap keluarga 'sembunyikan' anak istimewa

Kerajaan Malaysia disarankan supaya menyemak semula undang-undang berkaitan kanak-kanak kurang upaya (OKU) agar tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba 'menyembunyikan' mereka daripada masyarakat umum.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan disaran kenakan tindakan terhadap keluarga 'sembunyikan' anak istimewa

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 03:02PM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 03:04PM

LANGKAWI: Kerajaan Malaysia disarankan supaya menyemak semula undang-undang berkaitan kanak-kanak kurang upaya (OKU) agar tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba 'menyembunyikan' mereka daripada masyarakat umum.

Ketika membuat saranan itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Juhari Bulat, berkata ada keluarga berbuat demikian kerana rasa malu mempunyai anak istimewa.

"Keluarga yang menyembunyikan kehadiran anak istimewa ini patut diambil tindakan. Orang macam ini sepatutnya kita beri sedikit pengajaran," katanya di majlis PKB Hotel Management and Services Sdn Bhd bersama Persatuan Ayah Bonda Anak-Anak Istimewa Langkawi.

Sekitar 120 anak-anak OKU dan keluarga mereka menghadiri majlis itu yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat PKB Hotel Management and Services.

Encik Juhari, yang juga Anggota DUN Ayer Hangat, berkata majlis itu dapat menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman bagi ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak istimewa di Langkawi.

Antara kegiatan yang dijalankan sepanjang program sehari itu adalah ceramah motivasi dan terapi tentang penjagaan anak-anak OKU. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan