Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan baru perlu pantau data supaya inflasi terkawal

Kerajaan baharu perlu memantau data dengan teliti supaya peluang pekerjaan dapat dijana dan inflasi terkawal selepas pelaksanaan semula Cukai Jualan Perkhidmatan (SST).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan baru perlu pantau data supaya inflasi terkawal

Mantan Perdana Menteri Najib Razak. (Gambar fail: Mohd Rasfan/ AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 07:03PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 07:06PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu perlu memantau data dengan teliti supaya peluang pekerjaan dapat dijana dan inflasi terkawal selepas pelaksanaan semula Cukai Jualan Perkhidmatan (SST).

Mantan Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata, ia juga supaya negara tidak jatuh ke dalam kemelesetan ataupun krisis ekonomi dalam jangka pendek seperti yang diramalkan oleh beberapa pakar ekonomi bank.

“Kadar inflasi untuk bulan Jun berada pada 0.8 peratus dan naik kepada 0.9 peratus bagi bulan Julai manakala inflasi makanan untuk bandar raya Kuala Lumpur sebanyak 3.5 peratus pada bulan Julai membuktikan harga barang-barang masih naik selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan,” kata Encik Najib dalam catatan terbaharunya di laman Facebook beliau.

“Walaupun saya hairan mengapa prestasi ekonomi sudah bertukar hala dan merosot begini selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), adalah tidak adil untuk menilai prestasi kerajaan baru berdasarkan cuma 4 bulan sahaja tetapi sudah tentu dasar-dasar dalam dan luar negara kerajaan baharu ada kesannya,” katanya.

Menurutnya, pertumbuhan suku kedua keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang merosot daripada 5.4 peratus kepada 4.5 peratus adalah jauh di bawah kesemua unjuran pakar analisis ekonomi.

Menurutnya lagi, perangkaan lebih rendah itu kemungkinan kerana semua sektor ekonomi menunjukkan penurunan ekoran pembatalan beberapa projek namun ia diselamatkan oleh sektor permintaan dalam negara (penggunaan domestik) apabila GST yang sifar mengalakkan lebih banyak pengguna untuk membeli.

Menurutnya lagi, lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh pada Mei dan Jun kepada RM6 bilion (S$2 bilion) iaitu separuh daripada lebihan RM13 bilion (S$4.3 bilion) pada April kerana jumlah import negara meningkat dengan ketara manakala pertumbuhan eksport menurun.

Pelaburan langsung asing (FDI) pada suku kedua turut susut kepada RM2.8 bilion (S$934 juta) daripada RM12 bilion (S$4 bilion) pada suku pertama manakala pelaburan portfolio (iaitu saham dan bon) menunjukkan pengaliran keluar sebanyak RM38.3 bilion (S$13 bilion) pada suku kedua berbanding pengaliran masuk sebanyak RM2.5 bilion (S$834 juta) pada suku pertama, katanya.

“Mata wang ringgit juga sudah merosot 25 sen kepada RM4.10 (S$1.37) berbanding RM3.85 (S$1.28) pada April sebelum pilihan raya,” kata Encik Najib.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan