Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan akan tunaikan janji, tegas Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan akan tunaikan janji, tegas Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 09:24AM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 09:28AM

REMBAU: Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka.

Katanya lagi, kejayaan empat parti pembangkang ketika itu menukar kerajaan yang memerintah selama 61 tahun, merupakan kejayaan rakyat.

"Saya percaya kita akan dapat menunaikan semua janji kita antaranya menyelamatkan negara," kata Dr Mahathir dalam ucapan di majlis Rumah Terbuka Deepavali di Dataran Rembau, di Rembau malam tadi (9 Nov) yang turut dihadiri Undang Luak Rembau Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman.

Turut hadir sama ialah isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Wathya Moorthy serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Acara tersebut turut dihadiri Ketua Badan Pimpinan Parti Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim, Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan barisan Exco kerajaan Negeri Sembilan serta kira-kira 7,000 hadirin daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutuan selepas menewaskan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang tiba 8.30 malam di Rembau mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Viviekananda, di Rembau.

Ini merupakan kunjungan kedua Dr Mahathir ke Negeri Sembilan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei lalu. Kali pertama beliau ke negeri itu ialah pada 8 Oktober lepas.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan