Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan PRU Sabah tak diiktiraf jika ada unsur rasuah, tegas Mahathir

Putrajaya tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum (PRU) yang berlangsung di Sabah pada 9 Mei lalu jika didapati wujud unsur rasuah, kata Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan PRU Sabah tak diiktiraf jika ada unsur rasuah, tegas Mahathir

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 11 May 2018 03:02PM Dikemas Kini : 11 May 2018 03:07PM

KUALA LUMPUR: Putrajaya tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum (PRU) yang berlangsung di Sabah pada 9 Mei lalu jika didapati wujud unsur rasuah, kata Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan mendapati ada bukti berlaku manipulasi dalam perjalanan PRU baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

"Misalnya di Sabah. WARISAN memenangi 35 kerusi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus melakukan kiraan semula sehingga kerusi yang dimenangi parti itu menjadi 29 kerusi.

"Sekarang mereka ada masalah sebab tak boleh membentuk kerajaan ada percubaan untuk membawa orang (wakil rakyat) supaya melompat menggunakan wang (di Sabah)," katanya pada sidang media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini (11 Mei).

Menurut Dr Mahathir, kerajaan memandang apa yang dilakukan itu adalah rasuah.

Katanya kerajaan boleh menerima jika ada wakil rakyat yang berpindah parti atas dasar prinsip namun andainya mereka 'dibeli' ia dianggap tidak wajar.

"Kami tidak mengiktiraf ini sebagai perubahan kerajaan yang betul," tambahnya, menurut Malaysiakini.

Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 60 kerusi dan ada dua parti yang memperoleh jumlah kemenangan sama, iaitu BN serta WARISAN.

Kedua-dua parti memiliki 29 kerusi.

Dalam keadaan itu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) memiliki dua calon.

Malaysiakini melaporkan, semalam (10 Mei) Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan keputusannya untuk bekerjasama dengan BN.

Langkah itu membolehkan BN memperoleh majoriti mudah di DUN Sabah dan membentuk kerajaan. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan