Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan Mahkamah Agung sokong sekatan ke atas warga beberapa negara Islam dibantah

Amerika tambah beliau perlu bertegas dan memastikan semua orang yang memasuki Amerika perlu diperiksa dahulu latar belakang mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:59PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:03PM

AMERIKA SYARIKAT: Keputusan Mahkamah Agung Amerika untuk menyokong pengharaman perjalanan ke atas warga beberapa negara Islam, disambut dengan tunjuk-tunjuk perasaan di luar bangunan mahkamah.

Dengan lima undi menyokong dan empat membantah, keputusan mahkamah itu menyanggah tanggapan bahawa pengharaman tersebut mencabuli perlembagaan Amerika kerana diskriminasi ke atas agama.

Presiden Trump sebaliknya mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut sebagai satu kemenangan besar bagi warga Amerika.

Amerika tambah beliau perlu bertegas dan memastikan semua orang yang memasuki Amerika perlu diperiksa dahulu latar belakang mereka.

 Para penunjuk perasaan berarak dari Washington ke Los Angeles dan New York untuk menunjukkan kemarahan terhadap keputusan itu, dan menentang tindakan keras pemerintah terhadap sempadan selatan tersebut, di mana seramai 2,000 kanak-kanak pendatang haram dipisahkan daripada ibu bapa mereka. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan