Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keputusan akhir projek Laluan Rel Pantai Timur belum dibuat - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan akhir mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) belum dibuat.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan akhir projek Laluan Rel Pantai Timur belum dibuat - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 08:05AM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 08:07AM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan akhir mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) belum dibuat.

“Buat masa ini keputusan akhir belum dibuat, sesetengah perkara sudah diputuskan namun kita perlu cari penyelesaian yang lebih baik,” katanya di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam (29 Jan).

Ditanya bagi mengesahkan projek itu belum dibatalkan, beliau berkata: “Kita masih berunding.”

Dr Mahathir berkata kerajaan berpandangan lebih banyak masa perlu diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk mengusahakan penyelesaian berhubung masalah membabitkan projek bernilai RM81 bilion (S$27 bilion) itu.

“Saya tidak boleh memberikan penjelasan tentang apa yang akan kami lakukan, namun setakat ini tiada keputusan yang dibuat,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan