Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kepulauan Tanimbar di Indonesia dilanda gempa 6.4 Richter

Satu gempa bumi sekuat 6.4 magnitud pada skala Richter melanda Kepulauan Tanimbar di Indonesia awal pagi ini (26 Mac), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Anggaran Waktu Membaca:
Kepulauan Tanimbar di Indonesia dilanda gempa 6.4 Richter

Gambar: USGS

Diterbitkan : 26 Mar 2018 07:50AM Dikemas Kini : 26 Mar 2018 07:52AM

SYDNEY: Satu gempa bumi sekuat 6.4 magnitud pada skala Richter melanda Kepulauan Tanimbar di Indonesia awal pagi ini (26 Mac), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sebelum ini, dalam laporan awalnya, USGS menyatakan bahawa gempa berkenaan mencatat 6.5 magnitud dan berpusat 222km barat laut Saumlaki di kawasan kepulauan tersebut.

Namun, tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca Australia pula, gempa Laut Banda yang melanda pada kedalaman 171.5km turut dirasa sehingga bandar di utara Australia, Darwin.

Ia juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

Gempa bumi adalah bencana yang sudah menjadi lumrah di Papua New Guinea yang terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik iaitu kawasan di mana aktiviti seismik kerap berlaku akibat pergeseran plat tektonik.

Malah, Papua New Guinea masih mengalami gempa susulan akibat gempa kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda kawasan itu pada 26 Februari lalu.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan