Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenyataan penduduk tidak perlu pindah, boleh tutup pintu tidak tepat

Pejabat Menteri Besar Johor menafikan petikan tajuk berita yang viral di media sosial mengatakan menteri besar mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk di Pasir Gudang "tidak perlu berpindah kerana rumah boleh ditutup pintu” akibat pencemaran bahan toksik di daerah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenyataan penduduk tidak perlu pindah, boleh tutup pintu tidak tepat

Menteri Besar Johor, Osman Sapian. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 09:32AM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 09:38AM

JOHOR: Pejabat Menteri Besar Johor menafikan petikan tajuk berita yang viral di media sosial mengatakan menteri besar mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk di Pasir Gudang "tidak perlu berpindah kerana rumah boleh ditutup pintu” akibat pencemaran bahan toksik di daerah itu, lapor Malaysiakini.

"Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.

"Paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal.

"Malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB menteri besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini," jelas kenyataan tersebut, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menurut kenyataan itu lagi, penilaian yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunannya yang terbuka.

Manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.

"Rupa bentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupa bentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan daripada merebaknya pencemaran.

"Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal," jelas kenyataan tersebut.

Malaysiakini turut melaporkan bahawa kenyataan itu menambah langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa hendaklah dipatuhi oleh orang ramai.

Setakat ini jumlah mangsa terjejas akibat insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang direkodkan seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).


 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan