Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenduri kesyukuran cetus kelompok baru COVID-19 di Kota Kinabalu

Majlis kenduri kesyukuran dipercayai menjadi pencetus satu kluster baru COVID-19 di Kota Kinabalu iaitu Kluster Kampung Pukak di Tuaran yang melibatkan 17 kes terkumpul sehingga Selasa (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kenduri kesyukuran cetus kelompok baru COVID-19 di Kota Kinabalu

(Gambart: NIAID/AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2021 10:50AM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 11:30AM

KOTA KINABALU: Majlis kenduri kesyukuran dipercayai menjadi pencetus satu kluster baru COVID-19 di Kota Kinabalu iaitu Kluster Kampung Pukak di Tuaran yang melibatkan 17 kes terkumpul sehingga Selasa (20 Jul).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata majlis itu diadakan di kampung tersebut pada 3 Julai lalu manakala kes indeks kluster itu, seorang lelaki berusia 47 tahun, dikesan positif pada 9 Julai.

“Susuli kes itu, 55 kontak rapat disaring dan 16 kes dikesan positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baru hari ini.

"Saringan melibatkan kontak rapat dari Kampung Pukak, Kampung Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Encik Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata pada Selasa, Sabah mencatatkan 657 kes baru, membawa jumlah kumulatif wabak itu di negeri tersebut sebanyak 76,453 kes.

“Pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 285 orang, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,748 orang,” ujarnya lagi. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan