Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Kenapa engkau tak mati?"...

Seorang lelaki Australia yang mempunyai ketakutan melampau terhadap labah-labah mencetuskan panggilan kecemasan selepas seorang pejalan kaki yang prihatin terdengar jeritan kuat dari rumahnya dan segera melaporkan kepada polis.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kenapa engkau tak mati?"...

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Jan 2019 10:09PM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 10:12PM

SYDNEY: Seorang lelaki Australia yang mempunyai ketakutan melampau terhadap labah-labah mencetuskan panggilan kecemasan selepas seorang pejalan kaki yang prihatin terdengar jeritan kuat dari rumahnya dan segera melaporkan kepada polis.

Seorang jiran lelaki berkenaan sedang jalan di depan rumahnya di bandar Perth apabila beliau terdengar lelaki itu berulang kali menjerit "kenapa engkau tak mati?" serta tangisan seorang bayi. Jiran itu kemudian menghubungi nombor kecemasan polis, menurut laporan-laporan media.

"Beberapa unit polis memberi respons (dengan) menyalakan lampu dan membunyikan semboyan," menurut laporan tersebut, yang memetik catatan Twitter oleh seorang pegawai polis di Wannerro, di bahagian utara Perth. Catatan itu sudahpun dipadamkan.

Catatan Twitter itu menunjukkan rekod komunikasi penguatkuasaan undang-undang termasuk panggilan kecemasan awal, disusuli oleh panggilan seterusnya bagi memberikan perkembangan terkini 15 minit kemudian bahawa "polis sudahpun bercakap dengan semua pihak yang mengatakan bahawa seorang lelaki sedang cuba untuk membunuh seekor labah-labah (dan amat takut kepada labah-labah)".

Menurut rekod itu, lelaki berkenaan "meminta maaf kerana menyusahkan pihak polis" sambil menambah bahawa "tiada sebarang kecederaan berlaku (kecuali terhadap labah-labah tersebut)" dan insiden itu "tidak lagi memerlukan pelibatan polis".

Laporan-laporan tersebut tidak mengenal pasti lelaki itu mahupun butiran lanjut tentang jenis labah-labah terbabit.

Australia mempunyai jumlah besar labah-labah di dunia berbanding manusia, dengan antaranya yang paling berbahaya di dunia seperti Redback dan Funnel Web.

Para pakar biologi pernah mengatakan bahawa cuaca panas di bahagian selatan hemisfera boleh meningkatkan kemungkinan menemui labah-labah di dalam bangunan.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan