Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kempen boikot durian tidak akan turunkan harga

Harga durian yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan keluhan dalam kalangan pengguna, sehingga ada netizen menjalankan kempen memboikot durian timbang di platform media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen boikot durian tidak akan turunkan harga

(Gambar: Aiman Amerul Muner/ Malaysiakini)

Diterbitkan : 27 Jan 2018 11:15PM Dikemas Kini : 27 Jan 2018 11:17PM

MALAYSIA: Harga durian yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan keluhan dalam kalangan pengguna, sehingga ada netizen menjalankan kempen memboikot durian timbang di platform media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata, usaha itu tidak akan dapat menurunkan harga durian memandangkan permintaan dalam dan luar negara tinggi, lapor Malaysiakini.

Katanya, disebabkan permintaan yang semakin meningkat dari luar negara seperti China dan Singapura, bekalan buah durian di pasaran tempatan kini semakin terhad.

“Tidak (turun harga kerana boikot) kerana faktor permintaan yang semakin meningkat di dalam dan khususnya di luar negara seperti Singapura, China dan Hong Kong dan pengeluaran dan penawaran durian yang terhad di pasaran.

“Harga durian ditentukan oleh kuasa pasaran pada satu jangka masa,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini ada netizen melancarkan kempen memboikot membeli durian timbang selama dua bulan iaitu pada September dan Oktober kerana harga yang terlalu mahal.

Kempen itu berjaya menarik minat lebih 1,800 penggemar durian tanah air.

FAKTOR CUACA, MUSIM

Selain bekalan yang berkurangan, Encik Ahmad berkata harga durian kini terlalu tinggi disebabkan faktor cuaca serta berbuah di luar musim.

"Faktor cuaca di Malaysia juga memainkan peranan kepada kekurangan stok dan kenaikan harga durian. Keadaan cuaca yang buruk memberi kesan kepada hasil pengeluaran,” katanya.

(Gambar: Aiman Amerul Muner). 
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan