Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kempen BN di Langkawi bertambah hebat, Najib umum 18 inisiatif baru

Kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Langkawi bertambah hebat dengan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan  lawatan sehari ke pulau legenda ini hari ini (4 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen BN di Langkawi bertambah hebat, Najib umum 18 inisiatif baru

Gambar: Najib Razak/Facebook

Diterbitkan : 05 May 2018 12:31AM Dikemas Kini : 05 May 2018 12:33AM

LANGKAWI: Kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Langkawi bertambah hebat dengan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan  lawatan sehari ke pulau legenda ini hari ini (4 Mei).

PM Najib mengumumkan 18 inisiatif baru untuk mengangkat Pulau Langkawi ke tahap lebih maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk melaksanakan kesemua 18 inisiatif itu bagi meningkatkan taraf hidup penduduk pulau bersejarah itu ke tahap lebih hebat.

“Kita bukan hanya ingin bangunkan industri pelancongan tetapi juga perniagaan, infra rakyat, gaya hidup, rekreasi dan pelbagai peluang untuk masa depan Langkawi yang lebih baik,” katanya.  

Beliau berkata demikian sewaktu berucap  di majlis Santai Industri Pelancongan Langkawi yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, calon BN untuk Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan.

BN menghadapi pertandingan tiga penjuru bagi kerusi parlimen Langkawi, di mana penyandang kerusi berkenaan, Datuk Nawawi, dicabar mantan perdana menteri dan pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad atas tiket PKR-PPBM, dan calon PAS Zubir Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Nawawi memenangi kerusi itu dengan majoriti 11,861 undi setelah meraih 21,407 undi dan mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah, yang mendapat 9,546 undi dan calon Bebas Marina Hussein, yang hanya meraih 180 undi. 

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan