Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kempen anti-rasuah Saudi: 2 lagi putera dibebaskan dari tahanan

Dua anak raja Saudi mendiang Raja Abdullah sudah dilepaskan dari ditahan di Hotel Ritz-Carlton Riyadh.

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen anti-rasuah Saudi: 2 lagi putera dibebaskan dari tahanan
Diterbitkan : 29 Dec 2017 07:54AM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 07:57AM

DUBAI/RIYADH: Dua anak raja Saudi mendiang Raja Abdullah sudah dilepaskan dari ditahan di Hotel Ritz-Carlton Riyadh.

Ini beberapa hari setelah hampir 24 lagi individu yang ditahan dalam operasi besar-besaran anti-rasuah di negara itu dibebaskan.

Peguam Negara Arab Saudi meluluskan pembebasan Putera Meshaal bin Abdullah dan Putera Faisal bin Abdullah setelah mereka mencapai penyelesaian berbentuk kewangan dengan kerajaan negara itu, seorang pegawai kanan Saudi memberitahu Reuters.

Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penyelesaian tersebut.

Peguam Negara itu juga belum mencapai kata putus sama ada untuk melepaskan seorang lagi putera, iaitu Putera Turki bin Abdullah, tambah sumber itu lagi.

Seorang anggota keluarga diraja Saudi, Puteri Nouf binti Abdullah bin Mohammed bin Saud, pula memuat naik gambar-gambar dua putera yang sudah dibebaskan, di laman Twitternya, dengan kapsyen "terima kasih" semalam (28 Dis).

Pasukan keselamatan Saudi memberkas sekitar 200 putera, menteri dan pemimpin perniagaan dan menjadikan Hotel Ritz-Carlton sebagai sebuah penjara mewah, di mana mereka ditempatkan pada awal bulan November. Langkah itu disifatkan oleh Riyadh sebagai tindakan keras bagi membanteras rasuah.

Langkah itu juga dilihat oleh para penganalisis sebagai membantu Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk memperkukuhkan kuasanya setelah beliau merampas kuasa daripada sepupunya sebagai Putera Mahkota.

Anak Allahyarham Raja Abdullah yang paling berkuasa, mantan Ketua Pengawal Negara Putera Miteb bin Abdullah, dibebaskan pada bulan lalu, setelah bersetuju membayar sebanyak $1 bilion kepada kerajaan.

Putera Miteb adalah anggota terakhir keluarga Shammar Raja Abdullah yang dapat mengekalkan kedudukannya dalam struktur kuasa Saudi. Ini setelah Putera Meshaal dan Putera Turki dilepaskan daripada jawatan mereka sebagai gabenor pada tahun 2015.

Akhbar Saudi, Okaz, melaporkan pada Selasa (26 Dis) bahasa 23 individu sudahpun dibebaskan setelah mencapai perjanjian dengan kerajaan dan lebih ramai dijangka akan dibebaskan pada hari-hari mendatang.

Bagi yang tidak dapat membayar kerajaan, mereka akan berdepan dengan perbicaraan, menurut laporan itu lagi.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan