Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Pendidikan M'sia bertegas tetap perkenal pengajaran Jawi

Polemik tentang pengenalan pengajaran Jawi menjadi semakin hangat di Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Pendidikan M'sia bertegas tetap perkenal pengajaran Jawi

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Dec 2019 04:39PM Dikemas Kini : 27 Dec 2019 04:41PM

KUALA LUMPUR: Polemik tentang pengenalan pengajaran Jawi menjadi semakin hangat di Malaysia.

Hari ini (27 Dis) Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan ia tetap akan meneruskan rancangannya untuk memperkenalkan Jawi di sekolah-sekolah vernakular kepada murid darjah 4 hingga 6, menurut laporan MalayMail.

Menjelaskan lanjut, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Dr Habibah Abdul Rahim berkata pengajaran itu hanya akan dilakukan dalam bentuk tiga muka surat.

Di dalam tiga muka surat itu ia antara lain akan memperkenalkan makna aksara Jawi menerusi setem, wang kertas bank dan mohor negara.

Langkah itu menurutnya menggalak pembelajaran dan penghargaan pelajar-pelajar Malaysia tentang warisan negara.

BANTAHAN ATAS DASAR PENDIDIKAN, BUKAN PERKAUMAN

Pun begitu tidak semua yang bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Kementerian.

Sejak awal ini minggu ini lagi, Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menyuarakan bantahannya terhadap rancangan kementerian itu.

Menurutnya, bantahan sama sekali tidak berdasarkan isu "perkauman", sebaliknya meliputi isu "pendidikan" yang membabitkan "penyelarasan pembelajaran" di sekolah-sekolah vernakular.

MENGAPA JADI KONTROVERSIL?

Malah semalam (26 Dis) sebuah forum "Jawi: Saling Memahami" dianjurkan bagi membincangkan tentang isu tersebut.

Menurut laporan MalayMail dialog tersebut turut membincangkan faktor dan sebab isu tersebut menjadi kontroversil.

Forum itu mengakui kegagalan untuk berkomunikasi dengan sebaiknya di antara pihak-pihak yang berkepentingan serta rasa "takut" dalam kalangan kumpulan minoriti, merupakan antara faktor utama yang menyebabkan pengajaran Jawi menjadi isu di sekolah-sekolah vernakular.

Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng, menjelaskan masyarakat minoriti di Malaysia tidak mempunyai isu untuk mempelajari aksara Jawi, memandangkan ia sudah diperkenalkan dalam subjek-subjek sejarah negeri itu.

Namun, Encik Ng menambah pengenalan terhadap pembelajaran tulisan khat Jawi yang diselitkan di dalam buku-buku sejarah adalah satu representasi agama Islam dan ia menyebabkan "rasa takut" dalam kalangan ibu bapa minoriti terhadap kemungkinan berlakunya proses "Islamisasi" dalam bilik darjah.
 

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan