Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia kesan mutasi lebih ganas COVID-19, jangkiti 120 individu

Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap COVID-19 mendapati satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan M'sia kesan mutasi lebih ganas COVID-19, jangkiti 120 individu

Seorang pekerja kesihatan menjalankan ujian virus korona pandu masuk di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya, Malaysia, pada 28 Mac 2020. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Apr 2020 08:05AM Dikemas Kini : 30 Apr 2020 08:08AM

PUTRAJAYA: Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap COVID-19 mendapati satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Astro Awani melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, yang mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baru lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu (29 Apr).

Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut.

Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua. Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah.

“Tetapi apa yang kita perlu laksanakan ialah membuat kajian untuk gelombang kedua (membabitkan) pesakit-pesakit kita yang telah disahkan (positif COVID-19) dan pulang dari negara tertentu, contohnya. Jadi, kita masih melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut,” ujarnya seperti ditukil Astro Awani.

Terdahulu, penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa mengesan 10 mutasi berbeza, yang mana salah satunya disifatkan lebih berbahaya.

Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan