Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Haji & Umrah Saudi umum kuarantin 3 hari bagi jemaah warga asing

Para jemaah yang tiba di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah Umrah tidak seharusnya memakai Ihram sebaik tiba di negara itu kerana mereka perlu menjalani kuarantin selama tiga hari di hotel mereka, kata ketua pegawai perancangan dan strategi Kementerian Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Haji & Umrah Saudi umum kuarantin 3 hari bagi jemaah warga asing

Jemaah umrah Saudi dan warga asing melakukan tawaf di Masjidil Haram pada 4 Okt 2020. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 10:43AM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 10:45AM

MAKKAH: Para jemaah yang tiba di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah Umrah tidak seharusnya memakai Ihram sebaik tiba di negara itu kerana mereka perlu menjalani kuarantin selama tiga hari di hotel mereka, kata ketua pegawai perancangan dan strategi Kementerian Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah.

Menurut beliau, di akhir tempoh kuarantin di hotel, syarikat-syarikat Umrah masing-masing akan membawa para jemaah ke "Miqat" berhampiran untuk memakai Ihram dan meneruskan ibadah Umrah.

Pada fasa ketiga penyambungan semula ibadah Umrah yang bermula pada 1 Nov, para jemaah dari seluruh dunia dibenarkan memasuki Arab Saudi. Sekitar 20,000 jemaah - para penduduk dan pelawat asing - boleh mengerjakan ibadah Umrah setiap hari di tengah-tengah langkah jarak selamat yang ketat.

Dr Al-Maddah berkata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Saudi (Weqaya) sedang memantau perkembangan pandemik COVID-19 di setiap negara bagi membantu memaklumkan pihak berkuasa yang relevan sebelum para jemaah Umrah tiba di negara itu.

Butiran itu diumumkan semasa satu taklimat maya pada Isnin (26 Okt).

Menurutnya lagi, aplikasi Eatmarna sudah dimuat turun sebanyak tiga juta kali dan lebih 1.4 juta individu sudah membuat permohonan permit dengan lebih daripada sejuta diberikan bagi ibadah Umrah dan solat di Masjidil Haram.

Dr Al Maddah berkata jika berlaku lonjakan pada jumlah jangkitan, pihak berkuasa mungkin menghadkan jumlah jemaah pada satu-satu masa.

Menurutnya lagi, insurans perubatan penuh diwajibkan bagi memastikan jagaan kesihatan yang secukupnya untuk para jemaah sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 atau sebarang isu kesihatan yang lain.

Dr Al-Maddah berkata Weqaya akan menentukan negara mana yang boleh menghantar jemaah bergantung kepada jumlah jangkitan di negara masing-masing. Beliau memberi jaminan bahawa syarikat-syarikat Umrah akan diberikan kemas kini dengan kerap.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan