Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Arab Saudi sediakan talian Haji dan khidmat 'Fatwa Robot'

Kementerian Arab Saudi bagi Ehwal Islam menawarkan satu talian percuma untuk menjawab segala soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadah Haji atau Umrah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Arab Saudi sediakan talian Haji dan khidmat 'Fatwa Robot'

(Gambar: AMER HILABI / AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 11:36PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:40PM

JEDDAH: Kementerian Arab Saudi bagi Ehwal Islam menawarkan satu talian percuma untuk menjawab segala soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadah Haji atau Umrah.

Talian 8002451000 itu meliputi lapan bahasa, termasuk bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Urdu, Turkey dan Indonesia.

Para jemaah boleh memilih untuk mendengar mesej-mesej elektronik mengenai upacara Haji dan Umrah, mesej umum dari kementerian dan fatwa-fatwa daripada para pengkaji beragama.

Selain itu, mereka boleh berbual langsung dengan salah seorang wakil daripada kementerian bimbingan Islam, yang berkhidmat 24 jam sehari.

Kumpulan itu dianggotai oleh ramai penceramah agama yang akan memberikan maklumat mengenai prosedur-prosedur Haji dan menjawab segala pertanyaan.

Kementerian itu sudah menawarkan khidmat ini selama enam tahun berturut-turut. Apabila ia dilancarkan buat pertama kalinya, talian itu hanya menawarkan masa berhubung selama lapan jam.

Kementerian itu juga melancarkan khidmat 'Robot Fatwa', yang menawarkan fatwa-fatwa dan nasihat keagamaan kepada para jemaah.

Para pengguna boleh berhubung menerusi panggilan video dengan sekumpulan Mufti di Kementerian Ehwal Islam untuk mengakses fatwa-fatwa dan nasihat dalam beberapa bahasa.

Malah, terdapat satu versi 'Robot Fatwa' yang direka untuk para individu bekeperluan khas. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan