Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemenangan Mahathir di Langkawi tidak akan untungkan rakyat

Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan pembangunan yang menguntungkan rakyat di Langkawi sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , 9 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemenangan Mahathir di Langkawi tidak akan untungkan rakyat

Gambar: Mohd Rasfan/AFP

Diterbitkan : 17 Apr 2018 08:04AM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 08:06AM

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan pembangunan yang menguntungkan rakyat di Langkawi sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , 9 Mei ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata mantan perdana menteri itu tidak mempunyai asas kukuh seperti kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional (BN) selama ini yang sebenarnya merupakan kuasa yang membolehkan pembangunan dilaksanakan di pulau bebas cukai itu.

“Kalau sudah menjadi wakil rakyat pembangkang, bagaimana nak menolong? Menang pun untung dia sahaja. Dia yang dapat gaji yang dapat elaun (sebagai Ahli Parlimen),” kata beliau.

Beliau mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai calon mereka di kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14 ini.

Datuk Seri Nazri berkata keputusan ini juga membuktikan bahawa Dr Mahathir memungkiri pesanannya sendiri yang tidak mahu masyarakat Melayu yang menjadi kumpulan majoriti di Langkawi berpecah belah.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan