Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemenangan Biden di Arizona dan Wisconsin muktamad

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wisconsin pada Isnin (30 Nov) mengesahkan keputusan pilihan raya di negeri itu menyusuli kiraan semula undi di dua daerah. Dengan ini Presiden terpilih dari parti Demokrat Joe Biden semakin hampir diisytiharkan menang undian badan perwakilan pemilih secara rasmi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemenangan Biden di Arizona dan Wisconsin muktamad

Encik Donald Trump dan Encik Joe Biden. (Gambar-gambar: Jim Watson, Saul Loeb/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 10:27AM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 10:30AM

WASHINGTON: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wisconsin pada Isnin (30 Nov) mengesahkan keputusan pilihan raya di negeri itu menyusuli pengiraan semula undi di dua daerah. Dengan ini Presiden terpilih dari parti Demokrat Joe Biden semakin hampir diisytiharkan menang undian badan perwakilan pemilih secara rasmi di negeri penentu kemenangan itu.

Kemenangan Encik Biden di Arizona juga dimuktamadkan pada Isnin yang mengesahkan keputusan berpihak padanya sedang Encik Donald Trump terus membuat dakwaan tanpa bukti tentang penipuan proses pilihan raya.

Calon Democrat terakhir yang menang di Arizona dalam pilihan raya presiden ialah Bill Clinton pada 1996, menandakan satu perubahan besar dalam corak undian di Amerika Syarikat tahun ini.

Encik Biden mengalahkan Encik Trump dengan kelebihan sekitar 10,400 undi di negeri yang menyaksikan ramai rakyat keluar mengundi. Dengan perubahan demografik, terdapat juga lebih ramai pengundi muda Hispanik.

Kemenangan mantan Naib Presiden itu di negeri yang lazimnya dimenangi Republican juga disebabkan oleh
pengundi wanita di pinggir bandar yang tertarik dengan pendekatan haluan tengahnya, menurut para pakar.

Encik Trump enggan mengaku kalah kepada Encik Biden dan ini melengahkan proses peralihan kuasa selama berminggu-minggu sedang beliau membuat tuduhan tidak berasas tentang penipuan yang disangkal oleh mahkamah negeri dan persekutuan.

Encik Trump juga mengambil tindakan guaman di Pennsylvania, yang dimenanginya semasa pilihan raya 2016 namun kembali ke tangan Democrat tahun ini.

Encik Biden sudah meneruskan proses peralihan kuasa meskipun terdapat usaha oleh Encik Trump dan kempennya untuk mencabar keputusan pilihan raya, dan dijadual mengangkat sumpah pada 20 Januari. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan