Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kembali ke akar kamu, nasihat Mahathir kepada UMNO

Hari ini (11 Mei), merupakan ulang tahun ke-72 penubuhan UMNO yang pernah memberikan sumbangan penting sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan, lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kembali ke akar kamu, nasihat Mahathir kepada UMNO

Dr Mahathir Mohamad di rapat yang diadakan di Langkawi pada 15 April 2018. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 11 May 2018 12:52PM Dikemas Kini : 11 May 2018 12:58PM

KUALA LUMPUR: Hari ini (11 Mei), merupakan ulang tahun ke-72 penubuhan UMNO yang pernah memberikan sumbangan penting sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan, lapor Malaysiakini.

Perdana Menteri yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai nasihat kepada parti yang pernah diterajuinya itu.

"Kembali kepada akar kamu," katanya ketika ditanya Malaysiakini sama ada beliau mempunyai pesanan kepada UMNO selepas sidang media di Petaling Jaya malam tadi (10 Mei).

Sebagai presiden UMNO selama 22 tahun, Dr Mahathir sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkata parti Melayu itu sudah terpesong daripada perjuangannya yang asal.

Semalam, Dr Mahathir mencipta sejarah sebagai pemimpin pembangkang pertama diangkat sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh.

Sebelum itu, di sidang media, ketika ditanya mengenai perancangan ekonomi sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau akan mendengar nasihat pakar-pakar dalam kerajaan seperti yang pernah dilakukan ketika menjadi perdana menteri.

"Bagi seorang 'diktator', saya juga pendengar yang baik. Di antara orang yang saya dengar (semasa saya terakhir PM) ialah (Tan Sri) Rafidah Aziz (mantan menteri perdagangan dan industri antarabangsa).

"Beliau seorang yang gemar bersuara sama ada anda suka atau tidak," katanya memecahkan ketawa daripada media tempatan dan antarabangsa yang hadir.

Pengkritik sering mengaitkan Dr Mahathir sebagai seorang diktator ketika memimpin Malaysia selama 22 tahun.

Malaysiakini melaporkan bahawa Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Cik Rafidah, bersama-sama mantan menteri Tun Daim Zainuddin dan Tan Rais Yatim, yang dalam beberapa minggu menjelang pilihan raya umum muncul memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

"Saya percaya (ahli politik lain juga) berharap mereka ada keberanian. Keberanian adalah komoditi yang kurang di negara ini," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan