Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kematian tragik Nora Anne dapat perhatian media antarabangsa

'Cruelly Taken Away' seperti dilapor portal berita The Sun, United Kingdom adalah antara tajuk utama berita media asing berhubung penemuan mayat remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian tragik Nora Anne dapat perhatian media antarabangsa

Poster pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang di Malaysia (Gambar-Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 09:47PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 09:55PM

KUALA LUMPUR: 'Cruelly Taken Away' seperti dilapor portal berita The Sun, United Kingdom adalah antara tajuk utama berita media asing berhubung penemuan mayat remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin.

Insiden menyayat hati itu mengejutkan pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi tajuk utama kebanyakan media antarabangsa.

Antaranya CNN, AFP, Asia One, The Straits Times (Singapura), South China Morning Post (China), The Guardian, The Sun UK, BBC, NZ Herald (New Zealand) dan Al Jazeera.

Agensi berita CNN melaporkan kejadian itu dengan tajuk ‘Body of missing teenager Nora Quoirin found in Malaysia’ manakala portal Al Jazeera melaporkan dengan tajuk ‘Malaysian police find body of French-Irish teen who went missing’.

NZ Herald, akhbar yang berpejabat di New Zealand, tidak ketinggalan melaporkan tragedi itu dengan tajuk ‘Missing UK teen: Family confirms body as Nora Anne Quoirin’.

Nora Anne Quoirin. (Gambar: Bernama) 

Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort, The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Serentak itu, pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang secara keseluruhannya melibatkan 353 anggota daripada PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pasukan elit PDRM Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta sukarelawan.

Selepas 10 pencariannya dilakukan, mayat gadis itu dijumpai di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, pada 1.57 tengah hari pada Rabu (13 Ogos).

(Gambar: Bernama)

Pencarian itu mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi SAR dan petugas media tempatan dan antarabangsa berkampung di sekitar resort berkenaan bagi melaporkan perkembangan operasi itu.

Sebaik penemuan dan pengesahan mayat Nora Anne tersebar, netizen yang berkongsi kesedihan menzahirkan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang di media sosial.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Nora Anne.

"Saya amat sedih dengan kematian Nora Anne dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

"Saya berdoa agar mereka cekal menghadapi saat-saat penuh dugaan, Kita percaya pihak polis akan melakukan usaha sedaya upaya untuk merungkai kematian tragik ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan