Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kematian al-Baghdadi: Agensi keselamatan merata dunia berjaga-jaga hadapi serangan balas dendam

 Agensi-agensi keselamatan di merata dunia berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan balas dendam. Ini menyusuli kematian al-Baghdadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian al-Baghdadi: Agensi keselamatan merata dunia berjaga-jaga hadapi serangan balas dendam

(Gambar: REUTERS/Alaa al-Marjani)

Diterbitkan : 29 Oct 2019 08:41PM Dikemas Kini : 29 Oct 2019 08:47PM

BARISHA, SYRIA: Agensi-agensi keselamatan di merata dunia berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan balas dendam. Ini menyusuli kematian al-Baghdadi.

Di Indonesia, ketua polis anti pengganasan, Encik Suhardi Alius berkata
pembunuhan al-Baghdadi di Syria boleh memberi kesan kepada Indonesia.

Menurut beliau lagi kematian al-Baghdadi tidak semestinya bermakna ISIS menjadi lemah di Syria.

Kira-kira 500 rakyat Indonesia dipercayai sudah ke Syria untuk menyertai ISIS.

Pihak berkuasa Indonesia juga percaya ribuan orang di negara itu bersimpati dengan ISIS.

Laporan-laporan menyatakan mayat al-Baghdadi telah dikuburkan di laut oleh tentera Amerika, sama seperti yang dilakukan pada mayat pemimpin al Qaeda, Osama Bin Laden pada tahun 2011.

Bagi tindakan selanjutnya selepas kematian al-Baghdadi para menteri luar negara-negara yang menyertai perikatan memerangi ISIS akan bertemu di Washington pada 14 hari bulan depan.

Seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika berkata kira-kira 30 hingga 40 menteri dan wakil pertubuhan akan hadir.

Mereka akan membincangkan cara-cara untuk memperhebatkan lagi tindakan memerangi kumpulan pengganas itu. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan