Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kem penempatan tentera AS di Iraq diserang 2 roket

Dua roket Katyusha dilapor dilancarkan dan membedil kem tentera Taji yang terletak di utara Baghdad, pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kem penempatan tentera AS di Iraq diserang 2 roket

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 11:35AM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 11:42AM

BAGHDAD: Dua roket Katyusha dilapor dilancarkan dan membedil kem tentera Taji yang terletak di utara Baghdad, pada Selasa (14 Jan).

Tiada korban dilaporkan dalam insiden itu dan setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, lapor portal Al-Jazeera yang memetik kenyataan sumber.

Pangkalan tentera Iraq itu yang terletak 85km di utara Baghdad menempatkan sejumlah besar tentera Amerika Syarikat dan tentera asing lain.

Ia dipercayai menjadi sasaran kumpulan bersenjata Iran ekoran pembunuhan komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani oleh tentera Amerika.

Awal dari itu, empat anggota tentera Iraq cedera apabila lapan roket Katyusha disasarkan ke atas pangkalan udara Al Balad pada Ahad.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan