Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keluarga sedih berpisah dengan pembantu rumah Indonesia yang setia selama 33 tahun

Video perpisahan sebuah keluarga Arab Saudi dengan pembantu rumahnya, Houriya, asal Indonesia menjadi tular di platform-platform media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga sedih berpisah dengan pembantu rumah Indonesia yang setia selama 33 tahun

Houriya bersama Al-Arfaj. (Gambar: @arfajam/ Twitter)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 11:39PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:56PM

JEDDAH: Video perpisahan sebuah keluarga Arab Saudi dengan pembantu rumahnya, Houriya, asal Indonesia menjadi tular di platform-platform media sosial.

Houriya bekerja bersama mereka selama 33 tahun.

Mereka yang menonton video itu tidak dapat menahan air mata apa lagi semasa Houriya mengucapkan selamat tinggal kepada semua anggota keluarga itu yang menghantarnya ke lapangan terbang.

Dari yang kecil, remaja hingga orang dewasa, satu persatu mengucapkan terima kasih kepada Houriya kerana menjaga mereka selama 33 tahun.

Seorang anggota keluarga tersebut, Abdullah Al-Arfaj memberitahu agensi berita Arab News: "Houriya mula bekerja di rumah datuk saya pada 1986 dan sudah bersama kami selama 33 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau sering pulang ke Indonesia untuk menziarahi keluarganya. Tetapi beliau selalu kembali.

"Beliaulah yang membantu membesarkan pakcik-pakcik saya, kemudian generasi saya, dan kini anak-anak kami. Beliau sudah bersama tiga generasi keluarga kami. Kami menghormatinya sama seperti orang tua kami."

"Baru beberapa hari tanpa beliau, sudah hilang ketenangan biasanya wujud dengan adanya seorang yang dewasa dalam keluarga. Nenek saya meninggal dunia pada 2012, manakala datuk pula pada 1993. Kekosongan yang ditinggalkan dengan pemergian Houriya sesuatu yang dirasakan oleh kami seisi keluarga."

Al-Arfaj juga memberitahu Arab News bahawa beliau tidak menjangkakan video itu akan menjadi tular. Beliau mendedahkan bahawa bukan niatnya, atau keluarga beliau, untuk memuat naik video itu untuk mendapat perhatian.

"Beliau seseorang yang kami hargai yang terpaksa kami lepaskan, bukan kerana penyakit atau kepenatan, tetapi sebagai tanda hormat kepadanya yang semakin tua. Kami kasihankannya dan ingin memberinya peluang untuk beristirahat di masa senjanya."

Menurut laporan Arab News, keluarganya merancang untuk mengunjungi Houriya dan mereka sedang menantikan panggilan telefonnya sebaik sahaja beliau tiba di Indonesia.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan