Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keluarga ratapi kematian atuk, cucu dalam kemalangan bulan Syawal

Seorang lelaki warga emas dan cucunya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga ratapi kematian atuk, cucu dalam kemalangan bulan Syawal

(Gambar: BERNAMA/ Twitter)

Diterbitkan : 23 Jun 2018 01:57PM Dikemas Kini : 23 Jun 2018 02:00PM

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas dan cucunya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan.

Kejadian pada pukul 12.05 pagi tadi (23 Jun) itu, menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu Hamzah Hitam, 77 tahun, dan cucunya Muhammad Hairi Kosni, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala, lapor Astro Awani.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika MPV dinaiki lima sekeluarga termasuk mangsa yang maut dalam perjalanan dari Rengit Johor ke Kelantan.

"Ketika sampai ditempat kejadian, pemandu MPV berkenaan, Kosni Kamit, 54, dikatakan memperlahankan kenderaan sebelum dirempuh Toyota Hilux dari belakang.

"Akibat rempuhan kuat, MPV itu menggelongsor lalu melanggar sebuah lagi MPV yang berada di hadapan di lorong kiri jalan.

"Ini mengakibatkan kedua-dua mangsa yang duduk di bahagian belakang maut serta-merta di tempat kejadian," katanya kepada Astro Awani.

Empat lagi anggota keluarga itu yang cedera ialah pemandu MPV Khosni Kamit, 54, isteri Khosni Nor Haliza Hamzah, 50, dan kakaknya Nor Haslina, 52, dan seorang lagi anak pasangan itu Muhammad Haziq, 24, yang patah paha kanan.

Jenazah dua beranak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Polis masih menjalankan siasatan. 

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan