Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keluarga angkat diberkas kerana dera budak perempuan 4 tahun

Lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai akibat didera. 

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga angkat diberkas kerana dera budak perempuan 4 tahun

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 08:11AM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 09:14AM

KUALA LUMPUR: Lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kesemua suspek berusia 23 hingga 57 tahun yang merupakan keluarga angkat mangsa, ditahan kira-kira 9.00 malam di sekitar Petaling Jaya.

Menurutnya, kanak-kanak warga Indonesia itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 4.00 petang semalam oleh pengasuhnya dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital berkenaan pada 4.30 petang. Pemeriksaan pada badan mangsa didapati terdapat banyak kesan lebam dan cedera," katanya.

ENcik Mohd Zani berkata berdasarkan maklumat daripada jiran mangsa, kanak-kanak itu sering menangis kesakitan dipercayai akibat didera oleh keluarga angkatnya yang tinggal di sebuah flat di Jalan PJS8/14 Petaling Jaya.

Kesemua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.  

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan