Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelindan lori sampah berusia 16 tahun maut dirempuh van ketika bekerja

Seorang kelindan lori Environment Idaman (E-Idaman) maut akibat dirempuh sebuah van dalam kemalangan di Jalan Pantai Tengah-Temonyong dekat Kampung Padang Putih, Langkawi, pagi Khamis (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelindan lori sampah berusia 16 tahun maut dirempuh van ketika bekerja

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 08:42PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 08:43PM

LANGKAWI: Seorang kelindan lori Environment Idaman (E-Idaman) maut akibat dirempuh sebuah van dalam kemalangan di Jalan Pantai Tengah-Temonyong dekat Kampung Padang Putih, Langkawi, pagi Khamis (10 Okt).

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan tentang nahas tersebut pada 6.55 pagi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van yang datang dari Pantai Tengah ke arah Temonyong telah hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori yang berhenti di kiri bahu jalan untuk memungut sampah.

"Kejadian itu menyebabkan Mohamad Abdullah, 16, yang berada di bahagian belakang lori tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk proses bedah siasat," kata Supt Mohd Iqbal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah kejadian tersebut turut mengakibatkan pemandu van, M. Saravanan berusia 43 tahun, cedera parah dan kini dirawat di Zon Merah dekat hospital yang sama. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan