Images
  • whatsapp (1)
    (Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Kelemahan WhatsApp ‘bolehkan’ penggodam manipulasi mesej

NEW YORK: Kelemahan-kelemahan yang baru dikesan pada aplikasi pengiriman mesej WhatsApp boleh digunakan oleh penggodam untuk memanipulasi dan memintas pesanan pengguna, menurut dapatan sebuah firma keselamatan siber.

Syarikat Israel, Check Point Research, menyatakan pada Khamis (8 Ogos) menerusi emel bahawa pihaknya sudah mengutarakan kelemahan tersebut kepada WhatsApp pada hujung 2018.

Pesanan-pesanan WhatsApp disulitkan (encrypted) agar ia hanya dapat dilihat oleh si penerima saja.

Namun firma tersebut mendedahkan bahawa para penyelidiknya berjaya menghasilkan alat yang membolehkan mereka untuk"menyahsulit komunikasi WhatsApp dan mengubah suai mesej".

Para penyelidik Check Point menemui tiga cara untuk mengubah pesanan WhatsApp dan cara-cara ini didedahkan di persidangan keselamatan tahunan Topi Hitam (Black Hat) di Las Vegas pada Rabu.

Menurut firma tersebut, dengan mengubah mesej yang dihantar pengguna, penggodam boleh "menyebabkan seseorang jadi penjenayah, atau membuat perjanjian palsu".

- CNA/Agensi berita/TQ/tq

Top