Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelemahan utama WhatsApp bolehkan penggodam pasang sofwe intip

Wadah kiriman pesanan, WhatsApp mengesahkan satu kelemahan utama pada aplikasinya yang membolehkan para penggodam memasang perisian intip terhadap alat mudah alih yang terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 05:40PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:18PM

SINGAPURA: Wadah kiriman pesanan, WhatsApp mengesahkan satu kelemahan utama pada aplikasinya yang membolehkan para penggodam memasang perisian intip terhadap alat mudah alih yang terjejas.

Aplikasi yang dimiliki oleh Facebook itu menyatakan hari ini (14 Mei) bahawa sebilangan pengguna disasarkan dalam serangan berkenaan.

Menurutnya lagi, serangan itu didalangi oleh NSO Group, sebuah syarikat keselamatan yang berpangkalan di Israel.

Para penggodam dipercayai menggunakan fungsi panggilan suara WhatsApp untuk menghubungi para pengguna.

Sofwe pemantauan tersebut kemudian dipasang meskipun panggilan tidak dijawab.

Panggilan itu juga tidak dalam senarai panggilan yang diterima.

Satu program kemas kini sudahpun diperkenalkan dan seramai 1.5 bilion pengguna digesa supaya mengemas kini aplikasi mereka sebagai langkah pencegahan. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan