Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelar leher isteri guna parang kerana cemburu membuak-buak

Gara-gara cemburu, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh isterinya dalam satu kejadian di Sulawesi Barat, Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelar leher isteri guna parang kerana cemburu membuak-buak

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 14 Jun 2019 12:25PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 12:34PM

MAMUJU: Gara-gara cemburu, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh isterinya dalam satu kejadian di Sulawesi Barat, Indonesia.

Kejadian berlaku di daerah Campalagian, Polewali Mandar pada malam Selasa (11 Jun), lapor Astro Awani.

Jurucakap polis Campalagian, Mustakim, berkata pelaku ialah seorang guru dikenali sebagai Nurdin dan berusia 33 tahun.

"Mangsa dikenali sebagai Wati berusia 45 tahun. Suspek mengaku gagal mengawal perasaannya apabila mangsa enggan bercakap jujur mengenai seorang lelaki yang kerap berkunjung ke rumah mereka.

"Kemarahan suspek semakin membuak-buak apabila mengetahui isterinya turut berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

"Suspek bertindak mencekik leher isterinya sehingga wanita itu pengsan selepas berulang kali menafikan hubungannya dengan lelaki berkenaan," kata Encik Mustakim.

Encik Mustakim menambah bahawa selepas mangsa pengsan, suspek mengambil sebilah parang lalu mengelar leher isterinya sebanyak dua kali, lapor Astro Awani.

Kes itu terbongkar selepas jasad mangsa ditemui ibu suspek, Rusdia, yang turut tinggal bersama pasangan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan