Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelapa sawit: Kesatuan Eropah hiprokrit, Dr Mahathir seru Britain ambil langkah berasingan

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (18 Ogos) menyeru Britain supaya berunding dengan pengeluar minyak kelapa sawit untuk menggalak penghasilan secara mampan dan tidak mengambil langkah boikot setelah ia keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelapa sawit: Kesatuan Eropah hiprokrit, Dr Mahathir seru Britain ambil langkah berasingan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 04:23PM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 04:25PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (18 Ogos) menyeru Britain supaya berunding dengan pengeluar minyak kelapa sawit untuk menggalak penghasilan secara mampan dan tidak mengambil langkah boikot setelah ia keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober.

Kenyataan Dr Mahathir disiarkan dalam ruang komentar agensi berita Bloomberg, menyusuli langkah EU menghentikan penggunaan bahan bakar berasaskan minyak kelapa sawit. Pengeluar utama Indonesia dan Malaysia sudah menyatakan hasrat memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk mencabar langkah tersebut.

"Pengambilan sikap baru terhadap minyak kelapa sawit, yang tidak dipengaruhi kumpulan berkepentingan khas, boleh membawa kepada syarat perdagangan lebih baik antara UK dan rantau (Asia Tenggara) berbanding apa yang ia nikmati sekarang," tulis Dr Mahathir dalam komentar yang diterbitkan di laman dan terminal Bloomberg.

"Kami ingin mengelakkan perang dagangan dengan Eropah," tulis beliau lagi. "Namun jika ia berlaku, ini tidak bermakna UK pula yang menjadi mangsa."

Pada Mac, Suruhanjaya Eropah menetapkan bahawa penanaman dan penghasilan minyak kelapa sawit adalah tidak mampan dan memusnahkan hutan.

Meskipun akur tentang pentingnya pemuliharaan dan kemampanan sekitaran, Malaysia tambah beliau tidak akan mengabaikan aspek pemusahan hutan dan kemampanan alam sekitar dalam setiap keputusan dagangan.

"Jawapannya bukan untuk mengenal pasti satu komoditi dan mengharamkannya", tegas Dr Mahathir sambil menyifatkan langkah EU itu sebagai "satu bentuk penjajahan moden yang tiada tempat dalam dunia hari ini".

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan