Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelantan kenakan tindakan tegas terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita

Denda sehingga RM1,000 (S$330) atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti perempuan atau berlagak seperti pondan di tempat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelantan kenakan tindakan tegas terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita

Gambar hiasan seorang lelaki bermain wau bulan di Kelantan. (Gambar: Mohd Rasfan/ AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 02:27PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 02:31PM

KOTA BHARU: Denda sehingga RM1,000 (S$330) atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti perempuan atau berlagak seperti pondan di tempat awam.

Demikian ditegaskan Ketua Hakim Syarie Kelantan Daud Muhammad.

Beliau berkata tindakan itu boleh dikenakan terhadap pesalah warga tempatan dan orang luar yang datang ke negeri itu.

Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985.

Beliau tidak pasti sama ada undang-undang Kelantan berkaitan kesalahan ini sama dengan negeri lain tetapi yang pasti, undang-undang negeri itu jelas menyatakan sesiapa yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam boleh didenda atau dihukum penjara di bawah enakmen tersebut.

"Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius," katanya.

Encik Daud percaya pondan masih wujud di Kelantan kerana beberapa faktor termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurang perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.

"Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini.

"Itu dalam tahun 1980-an dan untuk mendidik mereka, kami sentiasa mengadakan dialog dan juga kaunseling sepanjang masa. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80-an," katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kekurangan pelaksanaan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong pondan secara bebas mengadakan aktiviti mereka.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan