Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kekurangan bekalan makanan antara beberapa kesan 'Brexit tanpa perjanjian'

 Dokumen-dokumen dari kerajaan Britain yang baru dikeluarkan mendedahkan bahawa kekurangan bekalan makanan, kenaikan harga elektrik, kelengahan pada import ubat-ubatan serta kesesakan di pelabuhan mungkin berlaku jika Brexit berlaku tanpa perjanjian. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kekurangan bekalan makanan antara beberapa kesan 'Brexit tanpa perjanjian'

(Gambar: Hannah McKay/Reuters)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 08:23PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 08:25PM

LONDON: Dokumen-dokumen dari kerajaan Britain yang baru dikeluarkan mendedahkan bahawa kekurangan bekalan makanan, kenaikan harga elektrik, kelengahan pada import ubat-ubatan serta kesesakan di pelabuhan mungkin berlaku jika Brexit berlaku tanpa perjanjian.

Fail "Operation Yellowhammer" didedahkan dua hari selepas anggota parlimen mengundi agar Britain keluar dari Kesatuan EU tanpa perjanjian.

Fail-fail tersebut juga menunjukkan meningkatnya "gangguan awam dan ketegangan di kalangan masyarakat" adalah kemungkinannya jika Britain keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Pendedahan dokumen-dokumen itu dibuat selepas sebuah mahkamah Scotland memutuskan bahawa tindakan Perdana Menteri Britain Boris Johnson untuk menggantung parlimen, kurang dua bulan sebelum Brexit, adalah salah di sisi undang-undang.

Kerajaan Britain menyatakan ia akan membuat rayuan.  

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan