Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kekecohan di kuil M'sia bukan isu perkauman: Polis

Polis menjelaskan insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, tiada kena-mengena dengan perbalahan perkauman sebaliknya menjurus kepada isu pemindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil.

Anggaran Waktu Membaca:
Kekecohan di kuil M'sia bukan isu perkauman: Polis

Pihak polis di tempat kejadian. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 09:02AM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 09:06AM

KUALA LUMPUR: Polis menjelaskan insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, tiada kena-mengena dengan perbalahan perkauman sebaliknya menjurus kepada isu pemindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil.

Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini 17 lelaki warga tempatan ditahan untuk membantu siasatan kejadian yang berlaku pada jam 2.30 pagi Isnin, sehingga menyebabkan 18 kereta dan dua motosikal di sekitar kawasan kuil itu dibakar.

Daripada 17 yang ditahan itu, enam daripada mereka mengalami kecederaan dan seorang anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya turut cedera ketika cuba meleraikan kekecohan.

“Ini bukan isu perkauman, saya menasihatkan pemimpin politik dan pihak tertentu agar lebih bertanggungjawab dan berhati-hati buat kenyataan agar tidak memburukkan lagi keadaan,” kata Encik Mohamad Fuzi di sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor malam Isnin (26 Nov), sejurus tiba dari Dubai.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai agar tidak melakukan sebarang tindakan termasuk mengeluarkan kenyataan yang boleh membakar sentimen perkauman sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Ekoran daripada insiden itu juga, empat menteri dan seorang timbalan menteri dalam satu kenyataan bersama mahu polis melaksanakan siasatan penuh dan bebas bagi mengenal pasti dalang di sebalik rusuhan dan serangan terhadap kuil tersebut. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan