Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kehilangan penyelam S'pura di Pulau Jawa: Lebih 150 penyelamat dikerah bagi misi pencarian

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia mengerahkan lebih 150 anggota penyelamat ke Selat Sunda pada Rabu (6 Nov) sedang usaha mencari tiga penyelam yang hilang, termasuk seorang warga Singapura, masuk hari keempat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kehilangan penyelam S'pura di Pulau Jawa: Lebih 150 penyelamat dikerah bagi misi pencarian

Para penyelamat dikerahkan untuk mencari di kawasan Selat Sunda setelah tiga penyelam didapati hilang di Kepulauan Sangiang di Banten, Indonesia. (Gambar Basarnas)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 03:56PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 03:58PM

BANTEN, INDONESIA: Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia mengerahkan lebih 150 anggota penyelamat ke Selat Sunda pada Rabu (6 Nov) sedang usaha mencari tiga penyelam yang hilang, termasuk seorang warga Singapura, masuk hari keempat.

Pasukan tersebut sudahpun melakukan pencarian seluas lebih 900 kilometer persegi di kawasan antara Sumatera dengan Jawa, terletak barat daya Pulau Sangiang di wilayah Banten, di mana kelibat ketiga-tiga mangsa lelaki kali terakhir dilihat pada petang Ahad (3 Nov).

Warga Singapura yang hilang dikenal pasti sebagai Wan Bing Yang manakala dua lagi mangsa adalah warga China Qin Xue Tao dan Tian Yu.

Menurut kenyataan oleh Basarnas, sembilan kapal peronda dan sebuah helikopter penyelamat turut terlibat dalam misi tersebut.

Kesemua lelaki yang hilang itu ada bersama empat kawan lain di Pulau Sangiang, terletak kira-kira 30 minit dari pelabuhan Merak jika menaiki bot.

Enam daripada mereka pergi menyelam pada jam 2.00 petang pada Ahad lalu tetapi menurut pihak berkuasa, hanya tiga yang pulang ke darat pada 3.00 petang.

Para pegawai penyelamat percaya mangsa-mangsa hilang mungkin sudah dibawa arus yang menghala ke Lautan Hindi.

Pada Rabu pagi (6 Nov), sekitar 20 orang - dipercayai rakan dan saudara mara para penyelam yang hilang itu - kelihatan berada di pelabuhan Merak di mana Basarnas sedang menyelaraskan usaha menyelamat. Mereka bagaimanapun enggan diwawancara.

Khemah-khemah sudahpun dibangunkan sementara alat oksigen hiperbarik juga disediakan.

Pada Selasa (5 Nov), Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyatakan pihak berkuasa Indonesia sedang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat.

MFA menambah ia sedang menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa Singapura yang hilang itu.

Kedutaan Singapura bekerja rapat dengan pihak berkuasa Indonesia yang terlibat dalam misi pencarian manakala pegawai konsular dari kedutaan turut menghulurkan bantuan dan sokongan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan