Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kehadiran kapal induk AS di Laut China Selatan tidak sesuai bagi kestabilan serantau - China

Amerika Syarikat sering menghantar kapal dan jet pejuangnya ke Laut China Selatan untuk "menunjukkan kekuatannya" dan ini tidak membantu dalam usaha mencapai perdamaian.

Anggaran Waktu Membaca:
Kehadiran kapal induk AS di Laut China Selatan tidak sesuai bagi kestabilan serantau - China

Kehadiran kapal induk AS di Laut China Selatan tidak sesuai bagi kestabilan serantau, menurut China. (Gambar fail: AFP/James VAZQUEZ)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 09:05PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 09:10PM

BEIJING: Amerika Syarikat sering menghantar kapal dan jet pejuangnya ke Laut China Selatan untuk "menunjukkan kekuatannya" dan ini tidak membantu dalam usaha mencapai perdamaian.

Demikian ditegaskan Kementerian Luar China, hari ini (25 Jan), setelah armada kapal induk Amerika Syarikat memasuki perairan yang dipertikaikan itu.

Kedudukan Laut China Selatan yang strategik, yang mana perdagangan bernilai trilion dolar melaluinya setiap tahun, kini menjadi konflik ketenteraan antara Beijing dengan Washington, khususnya China yang begitu marah dengan kegiatan tentera Amerika di sana.

Kapal induk USS Theodore Roosevelt yang diiringi tiga kapal perang, memasuki perairan tersebut pada Sabtu (23 Jan) demi "kebebasan di laut", menurut tentera Amerika, hanya beberapa hari selepas Encik Joe Biden menjadi presiden.

"Amerika syarikat seringkali menghantar jet pejuang dan kapal-kapalnya ke Laut China Selatan untuk menunjukkan kekuatan," kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, kepada para wartawan, mengenai misi Amerika itu.

"Ini tidak sesuai bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini."

China berulang kali mengadu tentang kehadiran kapal tentera laut Amerika yang berada dekat dengan pulau-pulau didudukinya di Laut China Selatan, yang dituntut sama oleh Vietnam, Malaysia, Filipina, Brunei dan Taiwan. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan