Images
  • indo embassy
    Empat orang cedera susuli kebakaran di Kedutaan Indonesia di Bangkok. (Gambar: Panya Krajaisre/Facebook)

Kedutaan Indonesia di Bangkok terbakar

BANGKOK: Kebakaran berlaku dalam sebuah bangunan dua tingkat di Kedutaan Indonesia dekat Jalan Phetchaburi, Bangkok, Thailand, pada Jumaat (11 Okt) dan menyebabkan empat orang cedera.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok menyatakan kebakaran dipercayai berlaku kira-kira 12.40 tengah hari (waktu tempatan) di tingkat dua bangunan tersebut.

“Kebakaran itu menyebabkan tingkat dua bangunan itu mengalami kerosakan teruk.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas elektrik,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Empat orang mengalami kecederaan ringan akibat terhidu asap dan mereka dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, tambah kenyataan tersebut.

- BERNAMA/FZ/fz

Top