Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedutaan AS di Baghdad jadi sasaran bedilan roket

Zon keselamatan peringkat tinggi di ibu kota Iraq, yang turut menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat, menjadi sasaran serangan roket pada Isnin (22 Feb), menurut sumber-sumber tentera dan pasukan keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedutaan AS di Baghdad jadi sasaran bedilan roket

Gambar pekarangan kedutaan Amerika Syarikat di Iraq dipetik pada 3 Jan 2020 (Gambar fail: AFP/Ahmad Al-Rubaye)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 07:55AM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 08:01AM

BAGHDAD: Zon keselamatan peringkat tinggi di ibu kota Iraq, yang turut menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat, menjadi sasaran serangan roket pada Isnin (22 Feb), menurut sumber-sumber tentera dan pasukan keselamatan.

Serangan itu adalah yang ketiga dalam tempoh seminggu yang menyasarkan bangunan-bangunan diplomatik, kem tentera atau kepentingan komersial Barat di Iraq selepas beberapa bulan keadaan agak tenang di negara tersebut.

Sekurang-kurangnya dua roket dilancarkan untuk membedil Zon Hijau, yang menempatkan Kedutaan Amerika Syarikat dan kedutaan-kedutaan asing yang lain, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh khidmat keselamatan Iraq.

Sumber keselamatan di Zon Hijau turut mendedahkan bahawa sistem pertahanan anti-roket C-RAM di Kedutaan Amerika Syarikat tidak bertindak balas kerana roket-roket itu tidak dijangka akan membedil pekarangan kedutaan tersebut.

Sumber keselamatan memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya satu roket menghentam ibu pejabat Khidmat Keselamatan Negara Iraq berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat, memusnahkan beberapa kereta yang diletakkan di sana.

Perikatan pimpinan Amerika Syarikat yang dikerahkan ke Iraq sejak 2014 untuk membantu angkatan tentera tempatan melawan kumpulan-kumpulan militan juga mengendalikan sebuah pangkalan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.


"Perikatan kami tidak melaporkan sebarang kerosakan atau kecederaan," kata jurucakap perikatan tersebut, Wayne Marotto di Twitter.

Sekurang-kurangnya satu lagi roket gugur di kawasan kediaman berdekatan Harithiya, menurut pihak tentera.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun pihak tentera menyatakan tapak pelancaran roket dikesan di bahagian utara Baghdad.

Serangan itu dilancarkan seminggu setelah lebih 12 roket menyasarkan kompleks tentera di lapangan terbang Erbil di utara Iraq, yang menempatkan pasukan-pasukan askar asing pimpinan Amerika Syarikat.

Dua orang terbunuh, termasuk seorang kontraktor asing yang berpangkalan di lapangan terbang, yang mati serta-merta dan seorang orang awam, yang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Pada Sabtu, satu lagi siri serangan roket membedil pangkalan udara Al-Balad di utara Baghdad, di mana Iraq menyimpan sebahagian besar jet pejuang F-16 yang dibelinya dari Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut sumber-sumber keselamatan, sekurang-kurangnya seorang kontraktor tempatan dari Sallyport, iaitu syarikat Amerika Syarikat yang menyenggarakan pesawat, cedera akibat serangan tersebut.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan