Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedudukan Duterte semakin kukuh susuli pilihan raya separuh penggal

 Seperti yang diramalkan sebelum ini, kedudukan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte nampaknya akan bertambah kukuh selepas pilihan raya separuh penggal semalam (13 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 04:04PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:17PM

MANILA: Seperti yang diramalkan sebelum ini, kedudukan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte nampaknya akan bertambah kukuh selepas pilihan raya separuh penggal semalam (13 Mei).

Ini terutama sekali dalam Dewan Senat yang mempunyai 24 kerusi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan sembilan daripada 12 kerusi Senat yang dipertandingkan semalam dimenangi calon-calon penyokong Presiden Duterte.

Baki tiga lagi kerusi dimenangi calon-calon bebas.

Mereka akan menyertai 12 senator yang ada sekarang, termasuk hanya empat dari pihak pembangkang.

Kejayaan sekutu-sekutunya menguasai Dewan Senat akan memudahkan Presiden Duterte mendapat lampu hijau dari Dewan Kongres bagi melaksanakan dasar-dasar pembaharuannya, termasuk yang mencetuskan tengkarah.

Ini memandangkan para penyokong beliau juga diramal mengekalkan penguasaan dalam Dewan Perwakilan.
 

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan