Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kediaman Najib jadi tumpuan sehingga ada kesesakan, apartmen mewah turut diserbu

Lebih 100 wakil media tempatan dan asing berkumpul berhampiran kediaman peribadi mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta semalam (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kediaman Najib jadi tumpuan sehingga ada kesesakan, apartmen mewah turut diserbu

(Gambar: Mohd Rasfan/ AFP)

Diterbitkan : 17 May 2018 08:13AM Dikemas Kini : 17 May 2018 08:16AM

KUALA LUMPUR: Lebih 100 wakil media tempatan dan asing berkumpul berhampiran kediaman peribadi mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta semalam (16 Mei).

Ia berikutan 16 kenderaan polis bersama sebuah trak dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib pada sekitar 10.15 malam semalam (16 Mei).

Tinjauan Bernama mendapati orang awam termasuk penduduk di sekitar kawasan taman perumahan itu turut berkumpul berhampiran laluan masuk ke kediaman Datuk Seri Najib untuk merakam situasi berkenaan selain mendapatkan perkembangan terkini.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lebih 500 meter di laluan Jalan Taman Duta.

Sehingga 12.40 tengah malam tadi, anggota dan pegawai polis masih berada dalam kediaman mantan perdana menteri itu.

Dalam pada itu, tinjauan di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan mendapati lebih 10 kenderaan polis dan puluhan anggota serta pegawai kanan polis Bukit Aman dilihat berada di sekitar lobi dan pekarangan kediaman tersebut.

Usaha Bernama untuk mendekati kawasan berkenaan gagal apabila beberapa anggota polis bertindak menghalang serta merampas telefon bimbit untuk memadamkan gambar yang dirakam ketika operasi itu dijalankan.

Bagaimanapun, sejurus gambar yang diambil wartawan dipadamkan, anggota polis terbabit memulangkan kembali telefon bimbit tersebut kepada pemiliknya.

Percubaan Bernama bagi menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut gagal apabila tiada respons daripada panggilan dan pesanan yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan