Images
  • kedai roti
    Kedai roti di Perancis meletup sehingga berlaku kebakaran. (Gambar: Thomas Samson/AFP)

Kedai roti di Perancis meletup; ramai dipindahkan

PARIS: Satu letupan kuat berlaku di sebuah kedai roti di ibu kota Perancis pagi tadi (12 Jan). Letupan itu mengakibatkan beberapa orang cedera dan banyak tingkap pecah, dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Sekitar 200 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang tercetus selepas letupan berlaku. Orang ramai dari bangunan-bangunan berdekatan turut dipindahkan, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner kepada pihak media di tempat kejadian.

Polis menutup jalan di depan panggung wayang Opera sedang dua helikopter kecemasan mendarat. Helikopter-helikopter itu dikerahkan untuk memindahkan para mangsa.

"Kesan letupan teruk," kata Encik Castaner, sambil menambah bahawa 100 pegawai polis menutup beberapa jalan di kawasan yang sering dikunjungi para pelancong kerana menempatkan banyak restoran dan daya tarikan seperti Muzium Lilin Musee Grevin dan Rue des Martyrs.

Letupan belaku pada sekitar 9.00 pagi (waktu tempatan). Ia cukup kuat sehingga menggegarkan beberapa bangunan ratusan meter jauhnya. 

- AFP/AQ/aq

Top