Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kedai online UNIQLO di Jepun digodam

Kumpulan runcit Jepun, Fast Retailing, mengesahkan lebih 460,000 akaun anak syarikatnya, rangkaian UNIQLO digodam baru-baru ini dan ini berisiko mendedahkan maklumat peribadi pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai online UNIQLO di Jepun digodam

Salah sebuah cawangan Uniqlo di Tokyo, Jepun. (Gambar: KAZUHIRO NOGI/AFP)

Diterbitkan : 14 May 2019 03:16PM Dikemas Kini : 14 May 2019 03:21PM

TOKYO: Kumpulan runcit Jepun, Fast Retailing, mengesahkan lebih 460,000 akaun anak syarikatnya, rangkaian UNIQLO digodam baru-baru ini dan ini berisiko mendedahkan maklumat peribadi pelanggan.

Pencerobohan itu menjejas laman web rasmi UNIQLO Japan dan GU Japan, menurut Fast Retailing pada Isnin (13 Mei), sambil menambah bahawa pendaftaran masuk secara tidak sah turut dikesan antara 23 April dengan 10 Mei.

Data yang mungkin sudah diakses termasuk nama, alamat, nombor telefon dan maklumat kad kredit.

Menurut syarikat tersebut: "Buat masa ini, Fast Retailing sudah mengenal pasti dari mana percubaan untuk daftar masuk secara tidak sah itu dibuat dan telah menyekat akses sedang ia mengukuhkan pemantauan tempat masuk akses lain.

Ia juga melumpuhkan kata laluan bagi 461,091 akaun yang mungkin terjejas dan menghantar emel kepada para pengguna untuk memaklumkan kepada mereka supaya menukar kata laluan mereka.

Laporan sudah difailkan dengan Polis Metropolitan Tokyo. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan