Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai ditutup; jual ikan bermata palsu untuk kelihatan segar

Gara-gara melekatkan mata ikan palsu ke atas ikan dijualnya, sebuah kedai ikan di Kuwait diarah ditutup oleh pegawai penguatkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai ditutup; jual ikan bermata palsu untuk kelihatan segar

(Gambar: Twitter/El Dahshan)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 11:46PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 11:55PM

KUWAIT: Gara-gara melekatkan mata ikan palsu ke atas ikan dijualnya, sebuah kedai ikan di Kuwait diarah ditutup oleh pegawai penguatkuasa.

Akhbar tempatan Al Bayan melaporkan Kementerian Perdagangan Kuwait menutup kedai terkenaan selepas taktik pemilik kedai melekatkan mata plastik pada mata ikan yang dijual dalam usaha menjadikannya kelihatan lebih segar.

Al-Bayan turut berkongsi foto ikan bermata palsu tersebut yang kemudian dikongsi netizen di media sosial.

Foto menunjukkan mata palsu yang dilekatkan terkeluar sedikit dari mata sebenar ikan berkenaan.

Akhbar tersebut menyatakan bahawa kedai itu diarah ditutup selepas helahnya dihidu pihak kementerian.

Para pengguna media sosial menggunakan Twitter untuk mengejek cara pemilik ikan mengendalikan perniagaannya.

Seorang pengguna Twitter berkata: 'Tidak mungkin ramai yang percaya bahawa mata palsu yang dilekatkan itu betul dan orang yang tertipu tidak mungkin ramai.'

Seorang lagi pengguna Twitter mengkritik pedas tindakan penjual ikan berkenaan sebagai amalan perniagaan yang menjijikkan dan buruk, yang hanya mahu mementingkan keuntungan. Namun beliau juga turut ketawa dan berasa lucu dengan tindakan penjual tersebut.

"Adakah mereka benar-benar berpendapat bahawa para pelanggan tidak akan menyedarinya?" gelak beliau. 

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan