Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedai di M'sia didenda RM2,000 jual pelitup harga seganda lebih mahal dari had ditetapkan

Sebuah premis perniagaan di Sibilin di sini dikenakan kompaun RM2,000 (S$655) kerana menjual pelitup muka jenis N95 pada harga RM14 (S$4.60) seunit, harga yang seganda lebih mahal berbanding harga kawalan yang ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai di M'sia didenda RM2,000 jual pelitup harga seganda lebih mahal dari had ditetapkan

Gambar hiasan pelitup N95 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 10:54AM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 11:05AM

IPOH: Sebuah premis perniagaan di Sibilin di sini dikenakan kompaun RM2,000 (S$655) kerana menjual pelitup muka jenis N95 pada harga RM14 (S$4.60) seunit, harga yang seganda lebih mahal berbanding harga kawalan yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, V. Ravichandran berkata sepasukan empat pegawai bergegas untuk memeriksa premis berkenaan pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari pada Isnin sejurus selepas pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu.

"Hasil siasatan, kami mendapati premis ini menjual pelitup muka N95 pada harga RM14 (S$4.60) berbanding harga kawalan RM6 (S$1.97)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Sehubungan itu, premis berkenaan telah dikenakan kompaun RM2,000 (S$655) kerana peniaga gagal mematuhi syarat dan melanggar Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 atas kesalahan menjual barangan harga terkawal tanpa mengikut harga yang ditentukan.

Katanya sebagai rekod, sepanjang tahun ini, KPDNHEP Perak telah menerima 703 aduan dan memeriksa 31,344 premis perniagaan berhubung pelbagai kesalahan mengenai urus niaga, yang membawa kepada tindakan terhadap 429 kes, melibatkan jumlah kompaun RM108,150 (S$35,443) serta denda RM45,000 (S$14,747). 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan