Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kedah perketat kawalan perairan bagi sekat kemasukan pelarian Rohingya

Polis Kedah mengetatkan kawalan di perairan negara bagi menyekat kemasukan pelarian etnik Rohingya yang dijangka berlaku berikutan kemenangan Parti Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi pada Pilihan Raya Umum Myanmar, baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedah perketat kawalan perairan bagi sekat kemasukan pelarian Rohingya

Ketua Polis Kedah Hasanuddin Hassan (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 09:39PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 09:41PM

ALOR SETAR: Polis Kedah mengetatkan kawalan di perairan negara bagi menyekat kemasukan pelarian etnik Rohingya yang dijangka berlaku berikutan kemenangan Parti Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi pada Pilihan Raya Umum Myanmar, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah Hasanuddin Hassan berkata tumpuan turut diberikan kepada kawasan darat di sepanjang sempadan Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar, Perlis yang melibatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa agensi penguatkuasaan kawalan di sempadan.

“Laluan laut kita ada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin, manakala PGA dan ATM mengawal di darat.

“Masing-masing tahu tanggungjawab sendiri dalam Op Benteng... jadi kita kukuhkan lagi, saya tidak nafikan mungkin ada kemasukan pendatang asing tanpa izin dan kami akan perketat kawalan sama bagi menyekat kemasukan barang salah seperti dadah atau senjata api,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kota Setar antara ACP Nor Azman Mohd Noor dengan penggantinya, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar hari ini (19 Nov).

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan