Kecoh Najib buat 'cameo' dalam drama Korea
Media sosial kecoh sejak beberapa hari lalu selepas kelibat mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me.
KUALA LUMPUR: Media sosial kecoh sejak beberapa hari lalu selepas kelibat mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me.
Meskipun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dengan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai.
Hanya beberapa saat penampilan itu, namun para netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial, lapor Astro Awani.
Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar.
Menurut laporan Astro Awani, ia kemudian dikongsi lebih 13,000 kali.
Rakaman yang disiarkan di televisyen itu, menurut laporan Astro Awani, adalah rakaman ketika Encik Najib hadir bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.